Pada tahun 2012, dengan pemberian hadiah sepasang kasut kesihatan daripada suami, disinilah titik bermula. Orang sekeliling seperti keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga, yang mengadu sakit kaki, akan diberi cuba kasut Footlink yang dimilikinya untuk mereka cuba dan ramai yang bertanya beli dimana kerana begitu selesa. Tercetusnya idea untuk menjadikan sumber pendapatan bagi membantu keluarga. Alhamdulillah dengan keizinan, sokongan serta dorongan daripada suami, dapat menjadi ajen kasut kesihatan tersebut. Dengan mempunyai sepasang sample kasut sehingga mencecah seratus pasang sample kasut.
Pada tahun 2014, Medishoe telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milikan tunggal. Pada mulanya syarikat ini menjalankan jualan secara mobile, kemudian mendapat tawaran untuk menyewa booth di perkarangan Bangunan Medan Mara Kuala Lumpur dan enam bulan kemudian, dapat menyewa premis di bangunan Busana Menara Mara Kuala Lumpur. Selain menjalankan jualan secara langsung, kami juga membuat roadshow di pelbagai lokasi dan negeri. Kasut kesihatan pada masa itu, adalah sesuatu yang baru dan mendapat sambutan yang sangat baik.
Pada tahun 2017, Medishoe telah berkembang dengan mendaftarkan sebagai syarikat perkongsian yang bertaraf bumiputera. Kini, Medishoe sebuah syarikat yang berdaya-saing serta berkebolehan dalam membekal dan pemasaran kasut seragam kesihatan (Uniform Medical Health Footwear). Kesedaran tentang penjagaan kaki adalah amat penting dalam aktiviti seharian, justeru pengunaan kasut kesihatan ini telah mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan dari segenap lapisan masyarakat di Malaysia, Singapura dan Brunei. Kini kami berpengalaman dalam pembekalan kasut seragam kesihatan dan diantara pelanggan kami adalah tentera, polis, jururawat, bomba, penguatkuasa, rela, universiti, polis bantuan, majlis perbandaran, syarikat swasta, dan lain-lain lagi.